Isnin, 7 November 2011

Arabic::Moroccan::Gypsy "Look"

GAYA SESUAI UNTUK PENGANTIN BERTUDUNG

Solekkan cara ini sangat berani dan nampak luar biasa, amat sesuai jika inginkan kelainan juga perhatian. Ianya nampak tebal tetapi memberi impak yang hebat jika disuai-padan dengan aksessori yg meriah. Anda haruslah memiliki keyakinan diri jika ingin tampil dengan solekkan gaya ini. Bertudung tetapi ingin bergaya adalah tidak salah dalam gaya ini, lebih-lebih lagi jika berbusana sopan dan mengenakan ikatan tudung gaya 'Gypsy'..

BEDAK ASAS
-Pemilihan bedak asas yang lebih cerah dapat memberikan kesan kontra pada rona asal kulit. Diingatkan agar memilih jenis bedak yg sesuai dengan kulit kita samaada jenis cecair, krim atau kompak.

KENING
-Tumpuan utama dalah pada bahagian mata manakala bahagian kening akan dibiarkan pucat dengan olesan maskara berwarna keemasan atau coklat keperangan tanpa dibentuk mahupun dilukis.

PEMBAYANG MATA
-Teknik 'smoky eyes' sangat sesuai untuk memberikan efek mata yg besar dan tampak lebih galak dan garang. Pilihan warna hitam pekat akan m,enyerlahkannya lagi.

MASKARA atau BULU MATA PALSU
-Maskara dari jenis kalis air amat sesuai dan bulu mata palsu dari jenis yg tebal strukturnya adalah yang paling sesuai. Pastikan semua dari warna hitam, kerana hitam itu menawan.

PEMERAH PIPI
-Berikan efek 'shimmer' ataupun kilauan..ianya sudah pun mencukupi!!

GINCU
- MERAH menyala adalah kunci kepada gaya berani anda ini..lukiskan garisan bibir dengan melebarkannya sedikit dari saiz asal akan membuatkan anda tampil lebih hebat..

Bibir yang MERAH..identiti terserlah

LOVE : Asyeeq Zulkipli - 013 381 3130

Tiada ulasan:

Catat Ulasan