Ahad, 14 November 2010

Majlis Azizi dan Fiza (13/11/10) - Bandar Tasik Puteri, Rawang

   Selamat pengantin baru buat Azizi dan Fiza..mereka berdua datang ke butik untuk menempah pakej pada minggu kedua bulan puasa yang lalu..maklumlah, long distance punya relations..Azizi di K.L manakala Fiza di J.B..ASYIQ's hanya mengambil ukuran dan kena alter baju berdasarkan ukuran pertama..Alhamdulillah, bila dipakai oleh Fiza di hari bersandingnya..ok saja, dan cantik sekali ...
   Konsep warna pada hari itu, 'Purple and Peach to Orange'..memang pelik pada mulanya.... tapi hasilnya..wow..incredible!! Warna utama adalah purple, dan kerana itulah pengantin memilih purple keseluruhan untuk busananya...Fiza ni memang senang di makeup, maklumlah..kulitnya licin bak telur dikupas..proses persiapan menjadi mudah sama sekali..
   Apabila tepat jam 2.00pm, kompang pun berbunyi menandakan pengantin mula diarak..cuaca pada hari itu amatlah bagus..cerah..mereka disandingkan dan ditepung-tawar di pelamin ASYIQ's. Sama cantik, sama padan..Penat bersanding, pengantin menjamu selera dengan hidangan pengantin disediakan oleh ASYIQ's di meja beradab yg didekorasikan sepenuhnya oleh ASYIQ's juga...Semoga Azizi dan Fiza berbahagia hingga akhirnya, terima kasih kerana menggunakan khidmat kami...

Tempahan Azizi dan Fiza :
1) Pakej Pengantin 'Sayangku'
2) Kanopi Arabian berskalop x5 unit
3) Hiasan meja pengantin dan makan beradab

Rabu, 27 Oktober 2010

ASYIQ's ( Bridal.Catering.Canopy )

  Nampaknya, musim perkahwinan "Hujung Tahun" sudah pun tiba..pihak ASYIQ's memanglah amat sibuk menguruskan majlis-majlis yg telah dipertanggung-jawabkan kepada kami..sepertimana yg kita sedia maklum, jadual kami untuk penggal ini semakin penuh..dan kepada sesiapa yg berminat untuk melangsungkan majlis dlm thn ini (2011/2012), haruslah menghubungi pihak kami dahulu untuk mengetahui samaada masih ada kekosongan pd tarikh-tarikh yg diingini. Walau bagaimanapun, ASYIQ's tetap akn cuba memenuhi tempahan anda sekiranya masih berkemampuan dr segi kapasiti dan lain-lain..ini adalah kerana kami bekerja atas matlamat "KUALITI MENJANA KUANTITI MASA HADAPAN"...dan percayalah, apabila anda memilih kami sebagai perunding majlis/kontraktor perkhidmatan majlis perkahwinan anda..segala impian perkahwinan akan terlaksana..

PERINGATAN:
Dapatkan promosi istimewa dengan walk-in ke Butik Asyiq's dan menempah pakej kami...T&C apply..

Rabu, 28 Julai 2010

Makeup By ASYIQ's

Sebut saja pasal nk kahwin...pasti solekkan dan tatarias pengantin menjadi topik perbualan utama. Iyalah kan..masa tu lah si pengantin perempuan akn disiapkan laksana puteri dr kayangan. So, kat ASYIQ's ni ada menyediakan perkhidmatan jurusolek yg bertauliah lg berpengalaman..siapa lg kalau bukan owner nya Cik Puan Asyeeq. Jadi anda tak perlu gusar memikirkan soal tatarias anda kerana Boss Besar sendiri yg akan turun padang untuk menyolekkan anda...

PROMOSI Makeup By ASYIQ's (2010 / 2011)

a) Makeup Tunang     - RM 180.00
b) Makeup Nikah      - RM 200.00
c) Makeup Sanding    - RM 280.00 ( jika tidak bertudung RM 300.00 )
d) Makeup Berinai     - RM 250.00
e) Makeup Dinner      - RM 80.00

** Menggunakan KRYOLAN frm German dan M.A.C**

Pakej Fotografi ASYIQ's

Kalau kita kata "One stop Wedding Centre" seharusnya kita kenalah ada perkhidmatan fotografi ni juga..so, pd bakal2 pengantin sekalian tdk perlulah risau...kerana kat ASYIQ's ni, "Tukang Pukul Gambar" pun ada kita sediakan. Harga yg ditawarkan pula adalah berpatutan dan bergantung pada pakej diambil..

Pakej REGULAR - RM 900.00
- 3roll gambar ber saiz 4R full edited
- 1 keping gambar ber saiz 8R
- Mock up sticky album
- CD / DVD copy

Pakej NORMAL - RM 1,600.00
- 5roll gambar ber saiz 4R full edited
- 1 keping gambar 8R
- 1 set frame 12 x 16 dan foto
- Mock up sticky album
- CD / DVD copy

Pakej X'tra - RM 2,000.00
- Story Book custom design ber saiz 12 x 18
- 100 keping gambar ber saiz 4R
- 2 keping gambar ber saiz 8R
- Sticky album
- CD / DVD copy for unlimited shoot

** Datanglah ke ASYIQ's untuk mendapatkan harga promosi terkini untuk pakej fotografi**

Selasa, 6 Julai 2010

Ulasan dan Rumusan Majlis Bulan May-Jun 2010 (By ASYIQ's)

Alhamdulillah..beberapa function yg berlangsung pd bulan2 berkenaan telah selamat dijayakan oleh ASYIQ's..untuk majlis pertunangan Siti Hajariah dan Kamal, pihak ASYIQ's diberikan tanggungjawab untuk sediakan 100pxs jamuan makan tengahari yg bermenu kan lauk-pauk masakan kampung..Solekkan Siti Hajariah pada hari tersebut juga adalah hasil sentuhan ASYIQ's sendiri...simple and sweet! Tx's "Tuan Rumah", dan pihak Asyiqs juga telah pun diberikan kepercayaan sekali lagi untuk merealisasikan majlis resepsi yg berlangsung pd 12/06/2010...Mereka mengambil pakej "x'V"(all in one) COMMENT: Marvellous..woww..and succeed Function, ALHAMDULILLAH...
Seterusnya pada 15/05/2010, ASYIQ's turun ke Bandar Tasik Puteri pula untuk majlis perkahwinan Rina and Abg.Cik..well, apa yg paling syiok function ni adalah konsep warna tema nya..Sweet Apple Green and Pinklicious. Memang sweet like an Apple candy!! Anyway, tugasan kami adalah kanopi / katering / pelamin / Makeup / Fotografi..shj. Busana pengantin adalah koleksi peribadi mereka sendiri. COMMENT: gOOD..x'cellent...congrats..kita berjaya try new combination of colur concept ;-) 'Tuan Rumah" amat SUKA untuk semua perkara..
Masuk minggu seterusnya, aduhai..minggu paling sibuk dlm bulan May. Bermula dengan Majlis Ct dan Harry juga di Bandar Tasik Puteri..tugasan kami adalah kanopi / katering / pelamin /Busana Pengantin /Makeup..
Temanya Pink vs Purple..tema warna yg tengah top sekarang ni. Kemudian pada hari keesokkannya pihak ASYIQ's bergegas pula untuk settlekan job di Rumah pengantin Mizah dan Musz kat Sg.Choh..yg ini, kami dipertanggungjawabkan untuk pelamin / bilik tidur / Busana Pengantin /Makeup / Fotografi shj..(Konsep Maroon and Cream )dan ditambah pula dengan hiasan buaian untuk majlis berendoi baby"Fahreen" ank buah pada pengantin..tak menang tangan untuk majlis ni, kami bergegas pula untuk majlis pertunangan Jue dan Aziem..haa..yang ni ada mini pelamin / katering / kanopi..pink vs purple gak konsepnyer.. pendek kata pada minggu ni pihak ASYIQ's memang tak menang tangan..COMMENT:  Caiyo'caiyo'!!!
Tiba bulan Jun, function dimulakan dengan job di rumah Makcik Maizon (Felda Sg.Buaya), Makcik ni memang hebat...order kanopi saja 7unit, siap dengan deco di kanopi pengantin dan v.i.p dome set'up untuk rombongan pgantin..dengan konsep warna "VANTAGE"- Pink and Maroon..fuhh dahsyat!! Tak kurang dengan itu, Makcik Maizon juga nk kan menu kambing golek untuk mlm berinai dan ayam bakar sebanyak 120 ekor untuk kenduri kahwin...COMMENT: Semua pun ada kat ASYIQ's ni...
Tak lupa juga untuk majlis Ayu dan Lan (ank makcik "LEYA") pada 06/06/10..majlis ni kami cuma dipertanggungjawabkan wat katering (Menu paling JIMAT- RM6.50)..pengantin dah tempah pakej kawin kat Butik Pengantin Bangsa CINA..hahahaaa..COMMENT: OK dan suksess :D

So, apa yang bole kita kongsikan disini adalah apa yang nyata..ASYIQ's xpernah sekali pun ceduk function orang tau..jadi janganlah bimbang untuk berurusan dengan kami. SEGALANYA BAWAH SATU BUMBUNG!! untuk paparan gambar...harap bersabar, sedang usahakan..nk cepat? xmau tunggu? Join Fb sj...gerenti dapat tengok our foto album collections..

Untuk function seterusnya, kita akn updatekan story nye lagi...TUNGGUUUUU...............;-O

Sabtu, 24 April 2010

Promosi Pakej Pertunangan ASYIQ's

Selalu org sibuk pasal nk nikah@kahwin saja..kadang-kala majlis tunang buat ala-ala jer..ish..ish! Tk apa lah, kat ASYIQ's ni..kami ada juga pakej istimewa untuk bakal2 pengantin yg nk mulakan dengan majlis pertunangan..yg pasti, majlis anda akan ditatarias ataupun dihandle 100% by ASYIQ's tau..

Mini pelamin untuk pakej 'Merindu'

Suzanna bergaya di pelaminan mininya..

Menu katering 50 orang turut disediakan untuk pakej 'Merindu'

Gubahan Sirih Junjung "ARTIFICIAL"

x7 set gubahan termasuk dalam pakej

Canopy Rental Services by Asyiq's

PAKEJ MERINDU - RM 2,999
1x busana bertunang lengkap veil/aksessori utk perempuan shj
1x solekkan Tunang
1x set pelamin mini
1x unit khemah pyramid lengkap berskalop utk tetamu majlis
50 paxs makanan(katering) utk tetamu- menu boleh bincang dgn. ASYIQ's
7x set gubahan hantaran ekslusif (beserta dulang dan alas)

PAKEJ DICINTAI - RM 1,200.00
1x busana bertunang lengkap veil/aksessori
1x solekkan Tunang
1x set pelamin mini

 PAKEJ ASMARA - RM 800.00
1x busana bertunang lengkap veil/aksessori
1x solekkan untuk bertunang

Apalagi ditunggu?? Rebutlah peluang keemasan ini untuk merealisasikan majlis pertunangan yg diidamkan..sekiranya anda menempah pakej tunang dan pakej perkahwinan@katering dlm satu masa, anda akan mendapat hadiah misteri dr ASYIQ's...apa yer?? Nk tau, dtglah@hubungi kami...(013 381 3130)

Rabu, 14 April 2010

Slm.. lama dh x updatekan blog nie..actuallynyer ASYIQ's very the buzy this lately. Almaklumlah, dh nk dekat2 musim skool holiday..Apa yang menarik dan terkini kat ASYIQ's yek? Haa..memang pelbagai u!! Sebut bab promosi, we all ada wat sistem bayaran skit2 (xdak bunga)-ansur2/man-man..janji at the end of the day, u all dapat realisasikan u'r dreams on the faboulous wedding's. Eem..kalau2 teringin nk pakai busana baru yg custom made/design di hari besar anda tu, jangan segan2 dan ragu2..ASYIQ's ada spesel punyer offer dimana u all berpeluang bersanding dengan baju baru tanpa perlu kos x'tra dlm pakej..Pergh, menarik tuh!! Ini bukan janji, tp PASTI!! ASYIQ's sedang up-gradekan koleksi untuk 2010, rebutlah peluang keemasan ini k? Untuk melengkapi persiapan para pengantin, ASYIQ's ada set gubahan hantaran ekslusif hny RM400.00 utk 7 dulang gubahan..(nti ASYIQ's UPloadkn foto) Waa la wei..GEMPAKS GILERS!!
K lah..untuk majlis yang sweet and elegant, why not come to deal with ASYIQ's? Khidmat bermutu datangnya dari kesungguhan dan keikhlasan(motto da..)yang important, anda happy itulah our gold!! ASYIQ's- pusat sehenti perkahwinan anda..

Khamis, 18 Mac 2010

PROMOSI TerHEBAT ..Pakej X'TraVaganza

Slm, sebenarnya kami ada gabungkan semua perkara berkaitan majlis perkahwinan bagi mewujudkan satu plan yang memang hebat untuk bakal2 pengantin semua.. sooo..
usah khuatir kerana ASYIQ'S PASTI BOLEH BANTU ANDA REALISASIKAN IMPIAN MAJLIS GEMILANG ANDA!!

PAKEJ X'TRA VAGANZA - RM xxxx (900pxs above)
Menggabungkan perkara-perkara berikut:-

-Pakej Pengantin Lengkap
  x1 busana resepsi L & P (Bj.baru add-on RM500.00shj)
  x1 busana nikah (P shj)
  x1 gown dan suit utk potong kek
  x2 solekkan pengantin
  F.O.C - Payung, Bunga Tangan Artificial, Kasut (P shj), Aksessori Pelengkap Gaya

 -Pelamin x'lusif 3panel
  x1 set pelamin pilihan panel "ENGLISH" atau ROME untuk 3 panel shj
  x1 set backdrop untuk 16'feet saiz dewan/rumah
  x1 set sistem lampu lengkap (Chandellier/Spotlight/Downlight)
  Hiasan bunga artificial dan dekorasi yang bersesuaian mengikut tema pilihan
(Jika permintaan melebihi penawaran pakej, caj x'tra akan dikenakan..hrp maklum)

-Katering  
 Nasi Minyak ASYIQ's 80%
 Nasi Putih 20%
 Ayam Masak Merah atau Goreng Rempah Istimewa
 Daging Masak Hitam Dewi Kesuma
 Acar Rampai Sebati Kasih
 Oren Sunkist
 Papadum atau Bubur Kacang Hijau
 Kordial pilihan
 F.O.C - Kek Pengantin 3tier
            - Meja Makan beradab lengkap lauk Pengantin dan Dekorasi
            - x2 set V.I.P dome setup
            - Pelayan sajian 10org
            - Drinking Water

-Kanopi x4 set arabian b'skalop (jika majlis di rumah)16set meja bulat
dan kerusi plastik x160biji jika di dewan. Kerusi  bungkus dan riben (jika tempahan 1000paxs k shj)

-Dekorasi..dari flower arch ke - -flower stand 3 set
-red carpet
-centrepiece meja

-P.A system

-Fotografi Pakej (Mockup sticky) untuk dapatkan storybook, Add-on RM700.00

-Banner dan Bunting (x1 set saiz 5'x2')

-Gubahan hantaran x7 +  ×5dulang

-500pcs kad kahwin
F.o.c = 100btg bunga paha' dan 40 paxs vip gift**

keterangan lanjut..Call/sms/whatsapp : 0133813130 (PN.ASYEEQ)

Rabu, 27 Januari 2010

Selain daripada pakej2 perkahwinan dan katering, we all ada pelbagai lagi jenis perkhidmatan...antaranya:-


-Solekkan dan tatarias pengantin (makeup dinner@function ada gak )

-Sewaan busana tunang/nikah/sanding/berinai/bertandang dll.

-Sewaan dan rekaan pelamin untuk perkahwinan (mak/pak andam nk tempah piller astana

pun boleh bikin punye!!)

-Dekorasi dewan such as arch/Candle stand/flower stand@bouquet@arrangement/

Ice@fruit carving/staircase deco/car deco/full cover chair+ribbon/v.i.p dome table set'up

-Kanopi piramid@arabian (ada pakej yg jimat namun tetap mantap )

-Jurufoto professional ( custom/roll etc.)

-Katering untuk semua jenis majlis


Ha..pendek kata kat ASYIQ's ni semuanya ada..xyah susah2 nk cari tempat lain..soal harga masih bole runding. Cuma apa yang penting anda happy kerana kami berjaya beri yang terbaik untuk anda!!!

Khamis, 21 Januari 2010

PAKEJ PERKAHWINAN DAN KATERING

PAKEJ KASIH 
1 pasang busana resepsi untuk L & P ( rekaan terkini)
1x solekkan untuk perempuan (touch'up utk. lelaki)
F.o.c - bunga tangan / payung /kasut /aksessori L & P

PAKEJ SAYANG - 
1x set pelamin (Pelamin Pakej)
1 pasang busana resepsi untuk L &P
1x solekkan untuk perempuan ( touch'up utk. lelaki )
1 set pelamin lengkap aksessori dan sistem lampu
F.o.c - Bunga tangan dan payung

PAKEJ CINTA
1 pasang busana resepsi untuk L & P ( lace / songket )
1 pasang busana nikah ( P shj. )
2 pasang busana berinai ( P shj. )
1 pasang gown dan kot untuk L & P
2x solekkan untuk perempuan ( touch'up utk. lelaki )
Set pelamin ekslusif lengkap aksessori dan sistem lampu
Bantal nikah untuk L & P
Aksessori lengkap untuk semua persalinan ( head to toe )
F.o.c - Bunga tangan / payung / arch

PAKEJ ABADI 
1 pasang busana resepsi untuk L & P ( lace / songket )
1 pasang busana nikah untuk  P
1 pasang busana mlm berinai besar untuk L & P
2 pasang busana berinai ( P shj )
1 pasang gown dan kot L & P
Bantal nikah untuk L & P
Aksessori lengkap untuk semua persalinan ( head to toe )
Set pelamin lengkap aksessori dan sistem lampu (x1 piller dgn sofa pilihan butik)
Khidmat jurugambar - 3 roll untuk mock-up sticky album (1x 8r/full edited / dvd copy/album)
F.o.c - Bunga tangan /payung / arch

PAKEJ KATERING

MENU EKONOMI - RM 7.00nett* (*utk 1000pxs atas shj ) -Terms and conditions apply, tq
Nasi Minyak@Nasi Tomato 80%
Nasi Putih 20%
Ayam Masak Merah ala ASYIQ's
Daging Hitam Bumbu Rempah
Dalca Sayuran
Acar Jelatah
Kordial

MENU MESRA - RM 10.50 (min. 1000pxs )
Nasi Hujan Panas Seri ASYIQ's 80%
Nasi Putih 20%
Ayam Masak Merah / Goreng Rempah Malindo*
Daging Rendang / Gulai Kawah / Masak Hitam*
Dalca Sayuran
Acar Rampai
Oren Sunkist
Kordial pilihan - oren/epal/anggur/sarsi etc.
Termasuk :- Lauk dan Set Meja Pengantin 10-12 org
12 0rang pelayan sajian@waiter lengkap beruniform
Mineral water (free flow)
F.o.c - Kek 3 tingkat (butter cake / cup cakes 25 - 30 biji shj. )
**sila pilih satu drp menu yang dicadangkan

MENU ISTIMEWA - RM 12.80 - Min 900pxs
Nasi Hujan Panas / Nasi Jagung / Nasi Minyak ASYIQ's* 80%
Nasi Putih 20%
Ayam Masak Merah / Goreng Rempah Malindo
Daging Rendang / Kuzi /Hitam /Gulai Kawah *
Dalca Sayuran
Acar Buah
Oren Sunkist
Kordial pilihan - oren/epal/anggur/sarsi etc.
Termasuk :- Lauk dan meja pengantin utk 10-12org
Set V.I.P (dome ) untuk 3 set
Khemah pengantin ekslusif ( skalop/underlayer+chandellier/backdrop)
3 set khemah tetamu ( lengkap skalop )
Pelayan sajian@waiter utk 10-12 org. (lengkap uniform)
Mineral Water ( free flow )
F.o.c - Kek 3 tingkat / cup cakes. ( 25 - 30 biji shj )
***Sila pilih satu shj. drp. menu yang dicadangkan.

"Dapatkan harga promosi  apabila anda membuat tempahan 6bulan awal"
**Terms and conditions apply**

Sebarang pertanyaan harga dan details sila hubungi .
013 381 3130 Asyiqsbridal@gmail.com / fb: asyiqs bridal

Nak kahwin? ASYIQ's boleh bantu...

ASYIQ's Bridal And Catering adalah pusat sehenti perkhidmatan perkahwinan..yang pasti semua job adalah bawah satu bumbung!! Showroom dan HQ ASYIQ's terletak di Bandar Rawang, betul-betul depan Balai Polis Rawang. Jadi kalau mai tempat kami ni gerenti tak sesat..ASYIQ's ni dah beroperasi dari tahun 2000 lagi, tapi itu dari rumahlah...so, 2003 kami move kedai di Bkt.Sentosa ( sekarang dah jadi our store and main kitchen ). Tunggak utama ASYIQ's adalah me, my hubby and my mama..herritage bussinesslah u!!

Apa ada di ASYIQ's?? Haa..semua pun ada. Nak kawin jangan pening dan risau. Kita punya harga boleh runding..ada yang ekonomi maupun yang x'tra vaganza. Apasaja konsep majlis bisa diatur..dalam taman, bankuasi di dewan dan bawah kanopi.. ASYIQ'sboleh realisasikan impian majlis idaman anda tau. Apa susah-susah hati? ASYIQ's ada segala persiapan. Dari pakej lengkap perkahwinan - khidmat katering - sewa kanopi - busana tunang/nikah/berinai/sanding dll - pelamin - tempahan hantaran dan hamper - kad kahwin+banner&bunting - p.a system dan liveband performance - fotografi ( roll@custom storybook)....ish..ish semualah ada kat ASYIQ's ni. Ada promosi spesel 2010..so call 0132317670 / email- asyiqsbridal@gmail 4 info..daa!!!