Rabu, 18 Mei 2011

Pameran Pengantin Malaysia yg ke 19 (Organised By Urban Vibe Event)

 

   Edisi Bajet di Selayang Mall (06-08 May 2011) 

Tanggal pada tarikh 06 May 2011 Team ASYIQ's telah pun menyertai Pameran Pengantin Malaysia yang telah dianjurkan oleh 'Urban vibe'Event Management..pameran tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu dari 06 - 08 May 2011..ASYIQ's Team diberikan booth bernombor 17 yang berlokasi betul-betul dihadapan KFC(Selayang Mall) Kedudukan tersebut amatlah strategik sekali...ramai pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk melawat ke booth ASYIQ's...yang pastinya memberikan pakej terbaik lagi bajet!!


Booth ASYIQ's (Bridal . Catering . Canopy)
yang mengaplikasikan konsep warna tema yang diberikan oleh pihak 'Urban Vibe Event'(Penganjur)..
"Green Affair"..., booth yg bersaiz comel ini berjaya di transformasikan menjadi 'Green Enchanted Garden'...

Crew dari ASYIQ's Team..sedang bersedia
menunggu kehadiran pengunjung ke booth kami..
bagi mempromosikan pakej Bajet "X'travaganza"..
(sebelum berjuang, posing-posing manja dulu..)
Idea terbaru dekorasi lelangit...masih bertemakan
'Green Affair', menyuntik elemen segar pada persembahan mini pelamin yang di'setup dalam booth ASYIQ's...Meriah lagi menarik...










Sebenarnya, banyak lagi koleksi gambar-gambar menarik dari event ini..maklum sajalah, broadband punya angkara..mengakibatkan sukar untuk meng'updatekan ke ruangan ini..namun janganlah gusar, ASYIQ's akan cuba memaparkan foto-foto secepat mungkin (doa-doakan line Broadband'ku o.k..)

Kepada mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi kami pada hari tersebut, anda masih lagi berpeluang 'Terjah" ke booth kami di pameran akan datang...yang still dianjurkan oleh organizer tersohor "Urban Vibe Event"...Tarikh dan lokasi akan ASYIQ's updatekan soon....yang pasti, dalam masa terdekat ini...
 
Big Boss ASYIQ's Menulis..It's me, Asyeeq Zulkipli






Tiada ulasan:

Catat Ulasan