Isnin, 4 April 2011

Dari Bertunang Hingga Berkahwin...Hanya ASYIQ's jadi pilihan

Kepada Wan dan Effa..ASYIQ's merasa bangga kerana memilih kami sebagai 'kontraktor'majlis anda berdua dari bertunang hinggalah berkahwin..dan Alhamdulillah ASYIQ's sekali lagi berjaya merealisasikan impian majlis gemilang mereka berdua..Dengan konsep 'Romantic Purple', dewan Dato'Hj.Razali di Kapar, Klang telah ditransformasikan kepada konsep idaman mempelai. Majlis yang berlangsung pada 02.01.11 merupakan majlis pembuka tirai 2011 selepas seharian berkampung di Kinrara(01.01.11) bagi menjayakan majlis Haza dan Ily (akan update seterusnya..)

Pakej Pilihan Wan dan Effa :-

a) Pakej Merindu
b) Pakej X'TraVaganza


Majlis gilang-gemilang pada hari itu menyediakan santapan dari menu 'Chef Zaima (ASYIQ's)..kehadiran tetamu seramai 1000 orang dijamu dengan resepi istimewa Nasi Minyak bersama Daging Hitam dan Ayam Merah(semak pakej katering)..Secara keseluruhannya, pihak pengantin berpuas hati dengan perkhidmatan ASYIQ's malah turut 'mencadangkan' kami kepada rakan-rakan yang bakal berkahwin...

Set pelamin piller Rome jadi pilihan pengantin. Kelihatan sungguh menarik digandingkan dengan busana sedondon...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan