Khamis, 10 November 2011

Addicted To Arabic

Crew ASYIQ's sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis pertunangan Joe dan Ika yang bakal berlangsung di Taman Tun Perak, Rawang. Firstly weoulzz nk sharekan sketching of our new design yang telah direka oleh Pn.Asyeeq Zulkipli sendiri.


Jadi inilah dia Mini Pelamin yang berkonsepkan Arabic. Diberikan nama "ADDICTED to ARABIC"
Memandangkan Joe dan Ika memilih warna 'Merah' mendominasi pelamin, ASYIQ's crew bersetuju untuk merealisasikan impian mereka berdua yang dizahirkan melalui pelamin ini.

Ini baru lakaran/sketching...ASYIQ's akan updatekan lagi hasil sebenar Pelamin ''ADDICTED to ARABIC'
dalam versi 'real'..bersama proses-proses pembikinannya...

Dan sekarang, kami nk berkongsi hasil sebenarnya lakaran mini pelamin ini....




Walaupun ada beberapa details yg di edit dan ditambah pada beberapa deko lain, namun hasilnya menjadi seperti apa yg telah dirancang maupun dilakar sebelum ini...Dan, inilah hasil terakhirnya.








Itulah serba sedikit warna-warni dari majlis Eka dan Joe yg berlangsung pada 11.11.11 yg baru berlalu..
Semuanya oleh ASYIQ's 100% ...

untuk Tempahan dan Pertanyaan: 013 231 7670 ( Pn.Asyeeq Zulkipli )

Isnin, 7 November 2011

Arabic::Moroccan::Gypsy "Look"

GAYA SESUAI UNTUK PENGANTIN BERTUDUNG

Solekkan cara ini sangat berani dan nampak luar biasa, amat sesuai jika inginkan kelainan juga perhatian. Ianya nampak tebal tetapi memberi impak yang hebat jika disuai-padan dengan aksessori yg meriah. Anda haruslah memiliki keyakinan diri jika ingin tampil dengan solekkan gaya ini. Bertudung tetapi ingin bergaya adalah tidak salah dalam gaya ini, lebih-lebih lagi jika berbusana sopan dan mengenakan ikatan tudung gaya 'Gypsy'..

BEDAK ASAS
-Pemilihan bedak asas yang lebih cerah dapat memberikan kesan kontra pada rona asal kulit. Diingatkan agar memilih jenis bedak yg sesuai dengan kulit kita samaada jenis cecair, krim atau kompak.

KENING
-Tumpuan utama dalah pada bahagian mata manakala bahagian kening akan dibiarkan pucat dengan olesan maskara berwarna keemasan atau coklat keperangan tanpa dibentuk mahupun dilukis.

PEMBAYANG MATA
-Teknik 'smoky eyes' sangat sesuai untuk memberikan efek mata yg besar dan tampak lebih galak dan garang. Pilihan warna hitam pekat akan m,enyerlahkannya lagi.

MASKARA atau BULU MATA PALSU
-Maskara dari jenis kalis air amat sesuai dan bulu mata palsu dari jenis yg tebal strukturnya adalah yang paling sesuai. Pastikan semua dari warna hitam, kerana hitam itu menawan.

PEMERAH PIPI
-Berikan efek 'shimmer' ataupun kilauan..ianya sudah pun mencukupi!!

GINCU
- MERAH menyala adalah kunci kepada gaya berani anda ini..lukiskan garisan bibir dengan melebarkannya sedikit dari saiz asal akan membuatkan anda tampil lebih hebat..

Bibir yang MERAH..identiti terserlah

LOVE : Asyeeq Zulkipli - 013 381 3130

Pelamin 3 Panel 'English flowery blooms'

Terlalu banyak permintaan dari pelanggan yang mahukan pelamin berkonsepkan 'English'garden wedding. Terbaru, ASYIQ's telah menghasilkan sebuah pelamin berpanel 3 dengan dekorasi penuh bunga-bungaan berkonsep English dan dizahirkan atas nama "ENGLISH FLOWERY BLOOMS"...

kombinasi 'PINK & PURPLE'

Bukan sahaja pelamin, malahan ASYIQ's turut dipertanggungjawabkan menata-rias laluan pengantin (walkaway), meja makan beradab, kanopi dan katering...






Busana dan Solekkan pengantin pada hari tersebut adalah dari sentuhan Asyeeq Zulkipli (Big Boss)
sendiri. Permintaan khas pengantin yg tidak mahu keningnya di 'pantis' (trademark katanya..) turut ditunaikan.

Asyeeq Zulkipli in action


Eaziey

 Untuk Pertanyaan : 013 381 3130